KUALA LUMPUR – Syarikat produksi perfileman terkenal, Malik Streams Corporation yang memenuhi impian peminat pelakon terkenal ‘Superstar Rajikanth’ menerusi pembabitan beliau dalam membawa aktor itu menerusi pemembikinan filem di Malaysia terus mencipta nama.

Malah Malik Streams Corporation juga terkenal dalam bidang syarikat hartanah kini sedang dalam perancangan untuk membuka sebuah gedung borong barangan am di Senai Johor pada masa ini.

Ketika bercakap dengan MalaysiaGazette baru-baru ini, Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Malik Dasthigeer melahirkan rasa teruja kerana melakukan sesuatu yang baharu bukan sahaja demi keuntungan peribadi sebaliknya rakyat secara keseluruhan dapat menikmatinya.

Abdul Malik memang tidak asing apatah lagi setiap yang dilakukannya itu sentiasa mengharumkan nama negara di persada antarabangsa bercita-cita besar untuk mengembangkan perniagaan beliau dari Johor ke Singapura.

Jelas beliau dengan yakin, pembukaan gedung itu adalah selaras dengan usaha syarikat yang sedang mencari potensi perniagaan baharu di selatan tanah air dan juga Singapura.

“Kita sebenarnya sedang mencari tapak yang sesuai bagi membangunkan sebuah gedung kelak di sana.

“Sebenarnya, selain produksi filem seperti Hindi dan Tamil, kita sudah mempunyai perniagaan lain di selatan tanah air khasnya di Johor Bharu dengan pembukaan cawangan penggurup wang secara rasminya di Mid Valley Southkey baru-baru ini.

“Cawangan ini melalui anak syarikat, Malik Maju Sdn Bhd dan telah dibuka pada 23 April lepas, sambutannya agak menggalakan. Perniagaan penggurup wang bukan sesuatu yang baharu sebaliknya antara yang terawal ketika ceburkan diri dalam bidang perniagaan,” katanya.

Malik Maju
Sebelum ini sudah ada empat cawangan premis pengurup wang syarikat itu yang sedia ada terletak di pusat beli-belah Subang Parade, Pearl Point, KL City Jalan Silang dan Mid Valley Kuala Lumpur.

Malah Malik Maju Sdn Bhd ini sudah menjalankan perniagaan perkhidmatan wang berlesen di negara ini sejak 2007.

Malik Streams Corporation Sdn Bhd pula syarikat produksi yang mencipta nama besar selepas pembikinan Kabali seterusnya membawa masuk filem-filem hebat bertaraf box office seluruh dunia sehingga syarikat ini mendapat jolokan produksi terbesar Malaysia. –MalaysiaGazette