KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga Vietnam sedang dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu perbicaraan kes.

Mereka ialah Lam Thanh Tan, 51; Nguyen Thanh Chuoc, 39; Do Duy Thang, 31 dan Trinh Thanh Hau, 38. Alamat terakhir di Kuantan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat SPRM, Muhammad Firdaus Mahadi di talian 09-571 6000 atau 019-970 7157.

  • MalaysiaGazette