KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdepan cabaran besar untuk mengekalkan pengagihan dividen pada kadar melebihi enam peratus pada tahun ini.

KWSP pada tahun lalu mengagihkan dividen pada kadar 6.1 peratus.

Badan itu secara tradisinya menentukan supaya kadar dividen sekurang-kurangnya dua peratus lebih tinggi daripada kadar inflasi. Bank Negara pula menganggarkan kadar inflasi berlegar antara 0.7 hingga 1.7 peratus tahun ini.

Disebabkan  pendapatan daripada pelaburan menurun pada suku pertama, KWSP justeru dilihat berdepan cabaran untuk memberi dividen 6.1 peratus ke atas.

Pakar ekonomi, Lee Heng Guie ketika dihubungi China Press menjangkakan pemberian dividen KWSP bagaimanapun tidak akan memecah rekod 4.25 peratus yang pernah dicatatkan pada 2002.

“Semasa menerima tempias krisis ekonomi Asia pada 2008, KWSP masih mampu memberi dividen pada kadar 4.5 peratus.

“Keadaan ekonomi semasa adalah lebih cerah berbanding masa itu, oleh itu dividen dilihat tidak akan lebih rendah daripada 4.5 peratus,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast