Rakaman seorang wanita memasuki masjid dengan memakai kasut dan membawa anjing yang tular di media sosial. foto Agensi

BOGOR – Polis Bogor menahan seorang wanita yang memasuki masjid di Sentul dengan memakai kasut dan membawa seekor anjing.

Kejadian itu tular di media sosial.

Wanita yang dinamakan sebagai SM itu didakwa kerana menghina agama.

Jurucakap polis Bogor, Ita Puspita berkata, para penyiasat sudah menyiasat SM berdasarkan bukti dan beberapa kenyataan saksi.

“Berdasarkan kenyataan lima saksi dan beberapa barangan yang berkaitan seperti rakaman video insiden dan pakaian SM termasuk kasut, dia telah dinamakan sebagai suspek.

SM kini dalam tahanan polis.

Polis berkata, keluarga SM telah mengemukakan dua surat daripada hospital yang menunjukkan suspek mempunyai sejarah masalah mental.

Pihak polis pula akan melaksanakan penilaian psikologi untuk tujuan pengesahan kenyataan hospital.

SM memasuki Masjid Al Munawaroh di Babakan Madang pada pukul 2 petang untuk mencari suaminya. – MalaysiaGazette