Sehingga jam 11.30 pagi ini jumlah rakyat Malaysia mahu Dong Zong diharamkan menghampiri 21,500 orang.
Sehingga jam 11.30 pagi ini jumlah rakyat Malaysia mahu Dong Zong diharamkan menghampiri 21,500 orang.

KUALA LUMPUR – Petisyen mengharamkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah mencapai hampir 21,500 tanda tangan sehingga tengah hari ini.

Kempen digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) itu dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia semalam, selepas Dong Zong melancarkan petisyen membantah khat tulisan Jawi di sekolah vernacular.

Menurut jurucakap GPS, persatuan Cina itu antara paling awal menentang khat tulisan Jawi di sekolah kerajaan melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) untuk pelajar Tahun 4.

“Dong Zong bermati-matian menentangnya dengan memberi tekanan kepada kerajaan menerusi pelbagai tuntutan.

“Mereka juga mengumpulkan NGO-NGO Cina dan India, selain menghasut kaum itu menentang usaha ini.

“Akhirnya kerajaan bertolak ansur dengan melonggarkan syarat implementasinya sehingga pembelajaran ini menjadi pilihan dan setakat tiga muka surat dalam buku teks,” kata GPS.

Katanya, tidak berpuas hati dengan tolak ansur kerajaan, Dong Zong turut bermain pula dengan sentimen agama iaitu memfitnah tulisan jawi dan khat sebagai satu usaha Islamisasi masyarakat bukan Islam.

Kini, mereka menggerakkan satu petisyen membantah tulisan jawi dan ini menimbulkan fitnah yang besar kepada negara terutama umat Islam di Malaysia.

Selain itu, jelas GPS lagi, Dong Zong turut menuntut agar peperiksaan persendirian UEC diterima sebagai tiket untuk masuk ke universiti awam walaupun kerajaan sudah memberikan ruang untuk mereka masuk ke universiti swasta dan universiti kerajaan negeri.

Banyak lagi tindakan ekstrim persatuan Cina itu dalam memaksa kehendak mereka kepada rakyat Malaysia.

“Maka, kita tuntut agar Dong Zong ini diharamkan oleh kerajaan dan kami yakin ada banyak lagi pertubuhan Cina yang jauh lebih sederhana, patriotik dan moderat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Saya setuju pertubuhan Dong Zong ini diharamkan. Mmg mereka ni racis, tak kenang budi org Melayu, dpt bergerak aktif pn dah cukup baik tp nak tuntut mcm2 lg. Dah melampau.

  2. haramkan dn dihapuskan penggunaan tulisan jawi dlm produk keluaran cins termasuk jenama tulisan melayu dan produk jawi hanya dibenarkn utk produk bumiptra sahaja dan utamakan barangan bangsa melayu juga skolah vernikular harus dihapuskan mana2 org atasan kenamaan dan menteri cina india termasuk menteri melayu yg menghina agama raja bangsa harus ditangkap dilucutkan jawatan kerana boleh merosakkan imej negara

Comments are closed.