Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (kiri) bercakap pada sidang media khas sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, Pontian, Johor.foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019.

KUKUP – “Bukan lantang, jumpa Wee Jeck Seng tidak boleh bantu anda.”

Itu kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia merangkap Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengundi PRK Parlimen Tanjung Piai.

Menurut beliau, kelantangan pembangkang jika calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Wee Keck Seng memenangi PRK kali ini tidak akan berfungsi jika tidak boleh bekerja dan menyelesaikan masalah pengundi kelak.

“Saya tidak fikirkan begitu. Yang penting bukan suara tapi usaha pembangkang. Kalau di sini saya sebut, Karmaine (Sardine) terpilih, saya beritahu, dia tidak ada kerja lain, turun kawasan cari jalan bangkitkan apa isu pembangunan dan boleh bawa kepada negeri dan pusat seperti yang dimahukan rakyat,” katanya dalam sidang media Kempen PRK PH di Bilik Gerakan Utama di DUN Kukup di sini hari ini.

Muhyiddin juga mengajukan soalan kepada Jeck Seng sebagai wakil MCA adakah dia bersetuju dengan UMNO yang sudah bermuafakat dengan Pas.

“Saya fikir ada perkara dibangkitkan terhadap calon MCA yang saya mahu dia jawab kerana dia dengan UMNO BN yang sudah muafakat dengan Pas, maka apa kedudukan sebenar Jeck Seng sekarang dichotomy of political affiliation,” ujarnya.

Sejak dulu, dakwanya, MCA menentang Pas tetapi dalam hubungan baru mereka terpaksa berada dengan Pas walaupun tidak menyokong kerjasama UMNO dengan Pas.

Justeru, beliau mahu masyarakat Tionghua selain Melayu menilai sendiri pendirian calon MCA berkenaan.

Jelas beliau ia satu soalan yang sukar dijawab calon serta MCA dan terserah kepada pengundi untuk menilai, pemilihan calon pembangkang itu agak sesuai.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, ada peningkatan sokongan pengundi kepada PH pada hari berkempen memasuki hari keenam hari ini namun ia belum memadai.

“Umumnya ada peningkatan tapi saya beritahu mereka belum lagi memadai, kalau boleh lebih besar. Tempoh untuk beberapa hari akan datang, tempoh yang agak kritikal, untuk pertamanya kita jelaskan apakah yang diperjuangkan PH. Calon kita, mana-mana yang telah kita bantu ada perkara lain akan bantu.

“Saya nak nyatakan komitmen kita, teruskan usaha bagi membangunkan Tanjung Piai sebagai satu kawasan berpotensi antara perkara kita berikan perhatian, masalah isu kos sara hidup.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menjelaskan PH dalam strategi untuk mempertahankan mana mana 11 kerusi PDM yang menang sebelum ini dan PDM yang pernah kalah yang berkemungkinan boleh memberi kemenangan kali ini.

Ditanya mengenai pengundi Cina dan sentimen mereka di PRK Tanjung Piai, Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan mereka tidak bersedia untuk mengundi BN kali ini dan mana-mana yang sokong sekarang tidak bererti akan mengundi BN.

“Saya faham pengundi Cina tak berapa seronok, masalah isu, kos sara hidup dan ekonomi ini jadi perhatian sehingga ada yang berkata bahawa “bukan baru tan sri, tapi sudah tiga empat tahun” namun tiga empat tahun bukan zaman PH tapi zaman BN.

“Malah pelbagai isu kritikal ketika ini seperti isu nelayan, peniaga, pencemaran ammonia, ikan mati perlu diselesaikan dan boleh menerusi Karmaine tetapi apakah Wendy Gerakan atau BN boleh tanganinya?” soalnya lagi.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mengapa perlu menang dulu PRK yg piai baru nak cerita kos sara hidup..?klu BN menang memang x boleh buat apa kerana segalanya ph dah control.sudah menjadi tanggung jawab kerajaan untuk membantu semua negeri walau negeri yg di kuasai pembangkang.klu BN menang setidaknya sebagai pembangkang dpt memantau apa yg dijanjikan kerajaan sebelum PRK.kita x mau hanya janji yg penuh dgn penipuan seperti PRU yg lalu.

Comments are closed.