KUALA LUMPUR – Pelakon Nadia Brian sah bergelar isteri kepada Muizz Nasruddin dengan sekali lafaz hari ini.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin di Shah Alam.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, mengenali suaminya menerusi teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah.

Pasangan terbabit akan diraikan malam ini dalam majlis resepsi di lokasi sama.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, bersama isteri.

Nadia dan Muizz bertunang pada 4 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast