Siti Kasim

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) yang dipersetujui Kabinet baru-baru ini didakwa satu lagi mekanisme untuk mengekang kebebasan media.

Peguam Siti Zabedah Kasim mendakwa, MMC lebih berfungsi untuk mengawal rakyat di negara ini dan bukan semata-mata menjaga kebajikan pengamalnya.

“Apakah Majlis Media ini? Lebih ramai orang bodoh akan mengawal kita. Dapat rasa mereka ini tak berguna,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith mendedahkan bahawa Kabinet secara dasarnya telah bersetuju dengan penubuhan MMC.

BACA: Kerajaan setuju penubuhan Majlis Media Malaysia

Menurut Eddin, ia bagi memastikan masa depan dan kebajikan pengamal media di negara ini lebih terjamin dan ia merupakan satu perkembangan positif terhadap pemain industri media.

Katanya, kerangka penubuhannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu depan.

Eddin percaya penubuhan MMC juga dapat menangani pelbagai masalah berkaitan amalan media sedia ada. – MalaysiaGazette