Muhammad Azwadie Huzzaimi Afendi dan bersama rakan niaga, Amie Lizza Piadin.

KUALA LUMPUR – Barangkali ramai yang pelik apabila kaum lelaki sanggup menjual jamu kepada wanita untuk menceburi bidang perniagaan.

Apatah lagi jejaka berusia 23 tahun ini petah bercakap tentang masalah dalaman kaum hawa seperti keputihan, kitaran haid dan payu dara.

Namun bagi Muhammad Azwadie Huzzaimi Afendi, dia langsung tidak malu dengan tanggapan sinis apatah lagi usianya dianggap masih muda.

Anak jati Kemaman, Terengganu sebaliknya berkata, pengambilan dan khasiat jamu kepada wanita adalah perkara normal untuk diketahui golongan lelaki.

“Sebenarnya jami boleh diamalkan golongan wanita sejak remaja iaitu sebelum mereka berkahwin lagi. Malah, saya tidak malu untuk menjual jamu kerana percayakan pelbagai khasiat semula jadinya untuk wanita.

“Lagipun, saya dibesarkan dalam keluarga yang membuat jamu warisan daripada nenek. Kalau dulu, saya melihat sendiri ramuannya dicampur, ditumbuk dan dikisar secara tradisional, kini saya pula menghasilkan produk itu.

“Namun zaman sudah bersudah berubah dan kini saya mengeluarkan jamu dalam bentuk cecair yang dikira memudahkan pengguna, sesuai untuk generasi sekarang apatah lagi memiliki ramai testimoni yang mengakui keberkesanan jamu saya,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mon Juice telah mencatat jualan lebih daripada 3,000 kotak sebulan sejak berada di pasaran Julai.

Azwandie yang memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Dungun telah menubuhkan syarikat, Dimie Resources bersama rakan niaga, Amie Lizza Piadin dengan mengeluarkan produk cecair jamu dikenali Mon Juice.

Sanggup mengeluarkan modal sebanyak RM70,000, beliau memberitahu bukan hanya menjualnya di pasaran tetapi bagi memastikan formula pembuatan jamu daripada neneknya tidak hilang ditelan arus permodenan.

Kata anak ketiga daripada enam beradik itu, beliau mahu mengembangkan produk jamu yang sebelum ini hanya dijual secara tidak formal dan mengunakan cara lama iaitu kapsul.

“Saya memang berminat berniaga sejak zaman remaja dan pernah menjual macam-macam. Jadi bila saya ilmu tentang jamu yang diwarisi oleh nenek, saya lebih yakin untuk memperkenaklkan secara komersil.

“Mon Juice akan memberi satu lagi pilihan buat pelanggan di luar sana untuk mendapat manfaat hasil formulasi turun temurun tiga generasi daripada keluarga saya.

“Sebab satu merasa satu kerugian jika tidak mengkomersialkan formula ‘kepada masyarakat moden kerana ia berkesan membantu meningkatkan kualiti kesihatan pelanggan khususnya wanita seawall usia remaja,” katanya.

Mon Juice diperkenalkan dalam bentuk sachet bagi memudahkan pelanggan mengambilnya sekali setiap hari selama 15 hari selama sebulan namun tidak dibenarkan pengambilannya pada waktu haid. Harga jualannya ialah RM79 sekotak.

Pengeluaran produk jamu itu sejak berada di pasaran pada Julai telah mencatat jualan lebih daripada 3,000 kotak sebulan dan menyasarkan angka itu bertambah tiga kali ganda pada tahun 2020.

Muhammad Azwadie Huzzaimi Afendi tidak malu jual jamu wanita.

Jika kebanyakan jamu di pasaran berasa pahit namun Mon Juice berperisa masam-masam manis kerana menggunakan bahan mentah seperti manjakani, getah jadam, saffron strawberi bagi menggalakkan pengguna mengamalkannya terutamanya untuk masalah dalaman wanita selain pertambahan stamina untuk lelaki.

Ditanya pandangan sinis segelintir masyarakat apabila mengetahui lelaki menjual produk jamu wanita, Azwandi hanya tersenyum dan lebih selesa mengambil pendekatan positif.

“Saya sudah biasa menerima tohmahan dan ejekan serta tanggapan negatif daripada pelanggan apabila mengetahui lelaki lebih arif tentang masalah kesihatan dalaman wanita.

“Tiada salahnya saya menjual jamu untuk wanita kerana produk yang saya jual merupakan masalah dalaman yang sering menghantui golongan itu.

“Saya bukannya membuat perkara tidak senonoh sebaliknya menjual produk yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan mereka,” katanya.

Sementara itu, mereka yang berminat untuk menjadi stokis, pengedar, dropship atau membeli produk Mon Juice, boleh menghubungi di talian 011 1121 7507 atau, facebook Mon Juice dan Instagram @mon.juice.hq. – MalaysiaGazette