Gambar hiasan

JAKARTA- Jumlah penonton televisyen (TV) di Indonesia meningkat lebih 50 peratus disebabkan orang ramai mahu mendapatkan berita terkini mengenai wabak COVID-19.

Selain itu, menonton program hiburan di kaca TV juga merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan melupakan kebimbangan terhadap wabak tersebut, demikian menurut Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI).

“TV menjadi saluran penyebaran maklumat utama kepada orang ramai semasa darurat koronavirus ini.

“Ini kerana TV tidak menyiarkan berita palsu dan sentiasa memeriksa maklumat-maklumat yang diperolehi sebelum menyiarkannya kerana mereka dipantau ketat oleh KPI,” kata Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut, Agung Suprio dalam satu kenyataan.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Televisten Swasta Indonesia (ATVSI), Syafril Nasution menjelaskan, TV sebagai salah satu media penyiaran yang menyediakan maklumat, hiburan dan pendidikan turut menjadi cara orang ramai menghilangkan kebosanan.

Katanya, jumlah tontotan TV di dunia juga meningkat di seluruh dunia.

Nielsen dalam sebuah laporannya minggu lepas berkata, rakyat Amerika dijangka menonton sebanyak 60 peratus rancangan TV berbandong platform media lain.

Ia turut melaporkan jumlah tontotan meningkat di kawasan-kawasan yang terjejas teruk oleh pandemik berkenaan contohnya peningkatan 17 peratus di Korea Selatan manakala Itali merekodkan peningkatan 6.5 peratus bulan lepas.

Lombardy sendiri, sebuah wilayah yang menjadi pusat wabak COVID-19 di Itali mencatatkan peningkatan 12 peratus jumlah penonton TV.

Perkhidmatan strim dalam talian seperti Netflix turut mendapat manfaat besar semasa arahan penjarakkan sosial akibat wabak ini dikeluarkan.-Agensi