Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai memukul dan mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan seorang wanita penghantar makanan e-hailing akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menerima arahan pihak pendakwaraya untuk meneruskan kes ke mahkamah.

“Untuk makluman pada hari kejadian 18 Mei 2020, dua laporan polis telah diterima berkaitan kejadian iaitu daripada seorang perempuan Melayu, 26 tahun yang merupakan penunggang Food Panda dan seorang lelaki Cina, 61 tahun, pemandu kereta.

“Siasatan telah dijalankan dan pada hari ini salah satu kertas siasatan telah dirujuk ke pihak pendakwaraya.

“Arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki Cina tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Fatzil berkata, polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat oleh lelaki tersebut.

“Ekoran kejadian ini terdapat beberapa berita palsu disebarkan di media sosial termasuk tohmahan yang mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan.

“Perlu diingatkan bahawa perbuatan ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata beliau. -MalaysiaGazette

Polis siasat penghantar makanan e-hailing wanita dipukul