KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.8 bilion pada 15 Jun 2020.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Pada 5 Jun lalu, Bank Pusat itu memaklumkan berjumlah rizab antarabangsanya adalah AS$102.9 bilion setakat 29 Mei 2020.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette