Jet pejuang Tu-142s milik Rusia. foto Agensi

WASHINGTON – Pesawat tempur F-22 milik Amerika Syarikat memintas empat jet pengintai Rusia dari Alaska, kata NORAD, organisasi pertahanan AS dan Kanada.

Pintasan yang dilakukan ke atas pesawat TU-142 Rusia itu adalah kali ke-10 pada tahun ini, kata Pemerintah Pertahanan Ruang Udara Amerika Utara atau NORAD.

Tambahnya, pesawat Rusia itu tidak memasuki ruang udara berdaulat AS atau Kanada.

Pesawat pemintas itu berpusat di Pangkalan Tentera Udara Elmendorf di Alaska, kata jurucakap NORAD, Kapten Cameron Hillier.

Kejadian itu adalah salah satu siri siasatan berulang-ulang oleh Rusia dan Amerika Syarikat tahun ini.

Pada 19 Jun, Rusia memintas pesawat dua pengebom B-52 A.S yang terbang di atas Laut Okhotsk, di luar pantai timur Rusia, lapor agensi berita Interfax. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast