Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memantau rapi operasi Wirecard Payment Solutions Malaysia Sdn Bhd (Wirecard MY) bagi memastikan syarikat tersebut terus memenuhi sepenuhnya obligasi penyelesaian mereka kepada para peniaga di Malaysia.

Menurutnya, dana yang perlu dibayar kepada peniaga ditempatkan dalam akaun bank berasingan dengan institusi perbankan berlesen di Malaysia dan tidak bercampur dengan dana operasi milik Wirecard MY.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan Wirecard AG yang telah menfailkan prosiding ketakmampuan bayar (insolvensi) di Jerman, mendorong Wirecard MY sedang mengkaji semula kedudukan dan operasi perniagaannya berikutan perkembangan syarikat induknya itu.

Wirecard MY, sebuah entiti berlesen yang menjalankan perkhidmatan pemerolehan saudagar di bawah seksyen 17 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dam kegiatan utamanya adalah memproses pembayaran kad untuk peniaga.

Tambahnya, Wirecard MY dikehendaki mengambil langkah penyelarasan dengan pengendali rangkaian kad untuk memastikan penyelesaian pembayaran kepada peniaga tidak terjejas dan bagi memudahkan kelancaran pemindahan perkhidmatan pembayaran kepada penyedia alternatif sekiranya perlu.

Bank Pusat itu memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa sistem pembayaran kekal selamat dan kukuh, dan akan terus berfungsi dengan lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast