KUALA LUMPUR – Bagai kacang lupakan kulit!

Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan segelintir kumpulan warga asing yang memburukkan Malaysia sedangkan negara ini menjadi lubuk rezeki kepada mereka.

Mereka seakan-akan tidak pandai berterima kasih selepas mendapat perlindungan dan penempatan untuk mereka terus menetap dengan segala macam kemudahan.

Malah ketika pandemik Covid-19, mereka juga banyak menerima bantuan perubatan serta makanan dan tempat tinggal.

Bagaimanapun, masih ada lagi yang bukan sahaja tidak mengenang budi sebaliknya masih lagi memburukkan nama Malaysia.

Itulah luahan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ekoran tindakan seorang warganegara Bangladesh yang memburukkan imej negara dalam soal pengawalan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Warga asing itu yang dikenali sebagai Md. Rayhan Kabir, 25, yang memberikan memburukkan Malaysia kepada agensi penyiaran Al Jazeera.

Rayhan kini sedang dicari oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berhubung kenyataanya kepada Al Jazeera baru-baru ini.

Kata Cheng Guan, sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas dan tidak sesekali memberi muka dan belas kasihan kepada segelintir warga asing kerana mudaratnya kini terpaksa ditanggung oleh rakyat di negara ini.

“Senang sahaja cerita. Janganlah kita baik sangat biar negara luar sesuka hati bercakap tentang negara yang kita cintai ini. Cukup-cukuplah.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Imigresen ambil tindakan dengan segera. Halau sesiapa sahaja warga asing ini keluar dari negara kita, senarai hitam golongan ini daripada masuk kembali.

“Hendak cari rezeki, cari perlindungan dan penempatan tapi buat jahat dengan kita balik, adilkah? Cukuplah untuk kita beri muka dan belas kasihan, jangan bagi mereka besar kepala buat suka hati, kita juga ada maruah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Imigresen sedang mengesan Md Rayhan Kabir

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan pihaknya akan memanggil wartawan Al Jazeera berhubung dokumentari yang melaporkan dakwaan palsu serta memburukkan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan kertas siasatan telah dibuka berkaitan laporan dokumentari yang telah mengemparkan negara berikutan mempunyai niat untuk memburukkan imej Malaysia.

Jelas Abdul Hamid, polis telah menerima beberapa laporan mengenai dokumentari tersebut dan telah membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yang mereka terima. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wartawan Al-Jazeera akan dipanggil beri keterangan

2 Komen

  1. Perlu wismaputra dan Kementrian Luar Negeri bertindak menghantar PN Protest Note kepada kedutaan Bangladesh serta NGO-NGO membuat protes bantahan sebagai tindakbalas terhadap tindaklaku salah warga bangladesh.Sudah tiba masanya jutaan warga pati dan sah bangladesh di Malaysia menanggung risiko akibat daripada perbuatan khianat serta jahat rakan senegara dengan tangkapan,reman serta penghantaran balek lambakkan warga bangaldesh yang sudah sampai masanya balek ke negara asal atau pergi ke negara negara lain seperti Kuwait,Iran,Saudi,Jordan,Yaman,UAE,Tunisia,Algeria yang boleh menampung mereka.Malaysia dan rakyatnya bertekad warga bangladesh yang sah dan pati wajib keluar dan nyah dari Malaysia.

  2. Susu yang Malaysia bagi, racun yang kau balas, sudah tiba masa kita serius terhadap warga asing yang tidak menghormati Malaysia.

Comments are closed.