Foto Instagram Emma Maembong.

KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong mengumumkan dia kini hamil selepas mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

Berita yang diumumkan di Instagram miliknya itu turut memuat naik gambar terbaharunya yang menampakkan kandungannya.

Emma dan suami kini bercuti bersama suami di Langkawi memberitahu bulan madu itu merupakan percutian terakhir bersama suami kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.

Wanita berusia 28 tahun itu dijangka melahirkan anak sulungnya pada November depan.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara. – MalaysiaGazette