Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia pada Rabu lalu.
Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses memilih calon akan berjalan seperti biasa yang akan ditentukan dalam mesyuarat BN Perak.
Bagaimanapun jelas beliau, perkara itu akan diputuskan selepas tujuh hari sebagai menghormati allahyarham yang baru meninggal dunia.
“BN Perak akan bermesyuarat dan mengemukakan beberapa nama sebelum Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) akan membuat pemilihan.