Hakim Fadi Sawan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lagi pegawai tinggi Pelabuhan Beirut berhubung letupan besar baru-baru ini.

LUBNAN – Jumlah kematian akibat letupan di pelabuhan Beirut meningkat kepada 190 dengan lebih 6,500 cedera dan tiga orang masih hilang.

Pihak berkuasa Lubnan masih menyiasat punca letupan dahsyat yang disebabkan ammonium nitrat yang disimpan di dalam sebuah gudang baru-baru ini.

Tentera berkata, tujuh individu masih hilang – tiga warga Lubnan, tiga Syria dan satu Mesir.

Letupan dahsyat yang berlaku pada 4 Ogos lalu mengakibatkan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan kerugian sebanyak AS$15 bilion.

Sebanyak 50,000 kediaman, sembilan hospital utama dan 178 buah sekolah mengalami kerosakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast