KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan Tawau mulai hari ini hingga dimaklumkan kelak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan dalam negeri Sabah, iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Semporna.

Sehubungan itu semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke KWSP Lahad Datu dan KWSP Tawau akan dibatalkan serta merta.

Ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Lahad Datu dan Tawau yang
dijadualkan dalam tempoh PKPDB perlu membuat semula janji temu mereka setelah
perintah kawalan tamat, kata KWSP.

Bagaimanapun, ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.

Pmbayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank
berdaftar di kaunter.

KWSP menasihatkan ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja. – MAlaysiaGazette