TERKINI : Majlis Menteri Wilayah Zaman PH Berat Sebelah – Annuar Musa

Majlis Menteri Wilayah Persekutuan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) hanya melibatkan wakil-wakil rakyat kerajaan dan tiada ruang diberikan kepada ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, sekiranya majlis itu mahu dikembalikan, beliau akan memastikan amalan berat sebelah itu tidak diteruskan dan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat akan dilibatkan.