KUALA LUMPUR- Petronas mengurangkan pegangannya dalam MISC Bhd. dan KLCCP Staple Group di Bursa Malaysia semalam melalui amalan book building ekuiti dalam tempoh singkat.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, syarikat petroleum negara itu berkata, aktiviti tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan Petronas untuk mengoptimumkan portfolio mereka.

Ini katanya bagi memastikan portfolio mereka kekal kukuh dan mampan serta bersedia untuk merebut peluang-peluang perniagaan baharu.

“Penjualan saham-saham ini akan menghasilkan penyertaan pelabur domestik dan antarabangsa yang lebih besar ke dalam syarikat-syarikat ini.

“Ia juga dapat meningkatkan kecairan saham,” katanya.

Selepas penjualan saham MISC dan KLCC SG, Petronas kekal sebagai pemegang saham majoriti ke dalam kedua-dua syarikat berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast