Serangan udara bersama tentera Somalia dan Amerika Syarikat membunuh tiga pemimpin Al-Shabaab. foto agensi

MOGADISHU – Tiga pemimpin kumpulan pengganas, Al-Shabaab, yang bertanggungjawab membuat bahan letupan dipertingkatkan maut dalam serangan udara yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Serangan yang dilancarkan semalam di sekitar Jamaame dan Deb Scinnele merupakan jalinan kerjasama antara AS dan Somalia.

“Serangan itu mensasarkan tiga pemimpin Al-Shabaab yang terlibat dalam penghasilkan bom buatan sendiri (IED), latihan tempur dan perancangan serangan.

“Kami telah bekerjasama dengan Somalia bagi menyokong operasi mereka terhadap Al-Shabaab,” kata Mejar Jeneral Tentera Udara AS, Dagvin Anderson seperti yang dilapor agensi berita, Anadolu.

Kementerian Penerangan Somalia dalam satu kenyataan berkata, tiada orang awam yang terbunuh atau cedera dalam serangan tersebut.

“Kerjasama ini bertujuan untuk membebaskan Somalia dari Al-Shabaab dan untuk menyediakan masa depan yang lebih baik bagi rakyat Somalia,” tambahnya.

Menurut laporan Action on Armed Violence (AOAV), sebuah institusi penyelidikan yang berpusat di United Kingdom (UK), sebanyak 93% kematian orang awam di Somalia pada tahun 2019 disebabkan oleh alat letupan.

Pada tahun yang sama, dilaporkan sebanyak 73% kematian orang awam di Somalia disebabkan IED. – MalaysiaGazette