MGNews : Dedahkan Status Pegawai Terlibat Kartel Daging Di Pelabuhan – JMM

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Imigresen malaysia (JIM) digesa menjelaskan sama ada pegawai-pegawai agensi berkenaan yang bertugas di beberapa pelabuhan negara dan mempunyai kaitan dengan kartel daging sejuk beku telah dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh berkata, sehingga kini tidak ada maklumat terkini sama ada tindakan dikenakan terhadap pegawai-pegawai di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang.