KUALA LUMPUR – Jadestone Energy Holdings Ltd, anak syarikat Jadestone Energy plc (Jadestone) yang berpangkalan di Singapura telah menjadi pelabur huluan terbaharu di Malaysia melalui pengambilalihan SapuraOMV Upstream (PM) Inc (SapuraOMV PM), anak syarikat SapuraOMV Upstream Sdn Bhd (SapuraOMV).

SapuraOMV PM mempunyai kepentingan penglibatan dalam menghasilkan aset yang terletak di luar Semenanjung Malaysia, iaitu Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) AAKBNLP, PM318, PM323 dan PM329.

Syarikat ini adalah pengendali PSC PS32 dan PM329.

Jadestone disenaraikan di Pasar Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London dan mempunyai pengalaman pengendalian di ladang minyak dan gas di rantau Asia Pasifik.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, syarikat itu menyambut baik penyertaan Jadestone di sektor hulu Malaysia, sekali gus membuktikan negara ini tetap menarik dengan pelbagai peluang pelaburan yang tersedia untuk memenuhi selera dan kemampuan pelabur yang berbeza.

Dengan meletakkan aset yang betul di tangan pemain yang tepat membuka potensi sepenuhnya, sehingga memaksimumkan pulangan bagi kedua-dua pelabur huluan dan Petronas sebagai penjaga sumber hidrokarbon di Malaysia.

“Kami percaya pengalaman dan kemahiran Jadestone dalam memanjang usia aset, digabungkan dengan fokusnya untuk meningkatkan pengeluaran dan pengoptimuman kos, akan meningkatkan margin sambil memanjangkan jangka hayat ekonomi di luar pesisir, menyumbang kepada kelestarian keseluruhan pengeluaran minyak dan gas untuk negara,”.

SapuraOMV dan Jadestone sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Jual Beli Bersyarat (SPA) pada 30 April 2021.

Syarat-syarat perjanjian termasuk, antara lain, persetujuan peraturan daripada Petronas yang diberikan pada 15 Julai 2021.

Pengambilalihan itu selesai pada 1 Ogos 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast