Webinar berlansung hampir tiga jam bersama 800 peserta

KUANTAN –  Seramai 800 orang peserta telah menyertai Webinar Orang Kurang Upaya (OKU): Talian Hayat OKU semasa pandemik Covid-19 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang hari ini.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, webinar  dianjurkan itu bertujuan untuk menguar-uarkan inisiatif kerajaan terhadap golongan OKU atau Orang Kelainan Upaya.

“Selain itu pihaknya berkongsikan manfaat diperoleh kepada OKU yang memerlukan perhatian serta bantuan dari pihak kerajaaan sepanjang pandemik Covid-19.

“Webinar berdurasi hampir tiga jam menampilkan empat panel yang berpengalaman bagi mengupas isu semasa dalam komuniti OKU.

“Slot dikendalikan oleh Dr Noradilah Md Nordin dan menyediakan jurubahasa isyarat dari Persatuan Orang pekak Pahang, Fariza Deraman bagi memastikan maklumat sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Webinar Orang Kurang Upaya (OKU): Talian Hayat OKU semasa pandemik Covid-19 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mendapat sambutan

Panel pertama merupakan Ketua Penolong Pengarah JKMN Pahang, Suryani Mohamad dan Pengarah Unit Perkhidmatan OKU Universiti Malaysia Pahang yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Sains Kemanusiaan UMP, Dr Munira Abdul Razak.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Penyelaras Program Immunisasi Covid-19 Negeri Pahang, Dr Nurly Zahureen Mustapha pula sebagai ahli panel ketiga.

“Tidak ketinggalan webinar memberi slot kepada Ketua Cawangan Sistem Insurans Perkerjaan Pejabat PERKESO Negeri Pahang, Abu Qassim Ali bagi berkongsikan faedah PERKESO,” terang Zulkhairi.

ARTIKEL BERKAITAN : 

Penduduk Tanjung Lumpur serbu ‘food bank’

Masalah kewangan aduan tertinggi diterima JKM Pahang

Beg kosong terisi penuh barang keperluan ‘food bank’

Turut hadir sesi webinar Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Naib Canselor UMP, Prof Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff. – MalaysiaGazette