Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan keluar daripada rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Teka teki siapa menteri yang hadir ke kediaman Perdana Menteri petang tadi terjawab.

Beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau memasuki kediaman Muhyiddin dengan menaiki kenderaan Toyota Landcruiser bernombor pendaftaran DDT25.

Takiyuddin yang tiba-tiba membuka cermin keretanya bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Setiausaha Agung Pas itu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin kira-kira satu jam 25 minit.

Ahli Parlimen Kota Bahru itu kemudiannya meninggalkan Bukit Damansara tepat jam 7.03 malam.

Takiyuddin sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu dan selamat menjalani pembedahan jantung.

Media sebelum ini melaporkan Takiyuddin menjalani pendedahan itu selama tiga jam dipercayai akibat masalah kesihatan jantung.

Takiyuddin dipercayai keluar dari hospital pagi tadi dan sempat menghadiri Mesyuarat Kabinet sebelah petang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Seorang menteri datang rumah PM petang ini