Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh Parlimen ke-14.

Pelantikan beliau diluluskan Dewan Rakyat dengan suara majoriti hari ini, ketika usul itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Usul itu dibaca mengikut Peraturan Mesyuarat 76 bagi pelantikan Setiausaha Agung DAP itu, menggantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Guan Eng menyertai enam Ahli Jawatankuasa Pemilih yang antara lain Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut serta jawatankuasa itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan yang diperuntukan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast