Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak merekodkan sebarang jangkitan Covid-19 yang boleh menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh negara.

Menurut MKN menerusi Facebooknya petang ini, tiada pelaksanaan PKPD baharu dan pelanjutan PKPD bagi lokaliti sebelum ini direkodkan.

Malah, menurut Ketua Pengarah Keselamatan, Datuk Rodzi Md Saad, hanya satu lokaliti dijadualkan ditamatkan PKPD bermula Sabtu ini.

Katanya, lokaliti itu ialah Ladang Bera Selatan 5 & 7, Bera, Pahang yang dilaksanakan PKPD sejak 6 Oktober lalu. – MalaysiaGazette