heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,420 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya berjumlah 2,377,033 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menurun sebanyak 664 kes berbanding semalam 8,084 kes dilaporkan.

Penurunan itu meletakkan kes jangkitan Covid-19 di negara berada di bawah paras angka 8,000, selepas kes yang direkodkan dua hari lalu sebanyak 7,950 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW https://covidnow.moh.gov.my.

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. – MalaysiaGazette