Sebuah kapal selam India dikesan dan dijejaki pesawat peronda tentera laut Pakistan. Foto Tentera Laut Pakistan

RAWALPINDI – Tentera laut Pakistan berjaya menghalang percubaan sebuah kapal selam tentera laut India memasuki perairannya.

Menurut kenyataan sayap tentera Pakistan, kapal selam itu cuba memasuki perairan negara tersebut pada 16 Oktober lalu namun ‘pergerakan pramatang dikesan dan dijejaki’ oleh tentera laut Pakistan.

“Insiden terbaharu mencerminkan muslihat India yang menyedihkan terhadap komitmen dan penyelesaian tentera Laut Pakistan untuk mepertahankan sempadan maritim  tanah air,” katanya seperti dipetik The Express Tribune.

Kapal selam India cuba memasuki perairan Pakiskan sebanyak dua kali sebelum ini.

Pada November 2016, tentera laut mengesan sebuah kapal selam India berada di pantai selatan Pakistan.

“Kapal selam itu dikesan selatan di pantai Pakistan pada 16 Nobember. Selepas itu, walaupun kapal selam itu cuba mengelak daripada dikesan, ia terus dijejaki unit angkatan tengtera laut Pakisrtan dan mengusirnya daripada perairan kami,” kata tentera Pakistan ketika itu.

Kali kedua kapal selam India dikesan berhampiran perairan Pakistan sebulan selepas insiden pengeboman di Pulwama yang meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Pada Mac 2019, tentera laut Pakistan berkata, satu cubaan sebuah kapal selam India memasuki perairannya telah dipatahkan. – MalaysiaGazette