Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affin Bank) dan Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) akan menawarkan bantuan moratorium sehingga enam bulan di bawah inisiatif Program Bantuan Kewangan dan Bantuan Ansuran (‘F.A.I.R’) kepada pelanggan yang terjejas akibat situasi banjir yang sedang melanda di Malaysia.

Program F.A.I.R. ialah suatu penyelesaian bantuan kewangan yang disesuaikan dengan profil dan keadaan semasa para pelanggan dalam waktu yang mencabar ini, untuk pelanggan dari pelbagai segmen iaitu individu, pelanggan perusahan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, program bantuan kewangan tersebut juga merangkumi penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan, serta moratorium pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan dan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Pelanggan yang terjejas boleh mula membuat permohonan untuk program bantuan kewangan ini pada 22 Disember 2021. – MalaysiaGazette