Seorang ahli pasukan keselamatan berdiri di luar mahkamah di bandar utara Kaduna, Nigeria 4 Oktober 2018.- Foto Reuters

LAGOS – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh disebabkan serangan oleh sekumpulan bersenjata yang tidak dikenali di negeri Kaduna di utara Nigeria, kata seorang pegawai kerajaan.

Samuel Aruwan, Pesuruhjaya Keselamatan Dalam Nnegeri dan Hal Ehwal Dalam Negeri,  dalam satu kenyataan berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang sebuah kampung di kawasan kerajaan tempatan Zango Kataf pada awal pagi Ahad.

Memetik laporan akhbar Xinhua, 30 rumah telah dibakar semasa serangan itu dan beberapa mangsa yang terselamat telah dihantar ke hospital.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat serta mencari penyerang sedang dijalankan.

Bahagian utara Nigeria telah menyaksikan satu siri serangan oleh kumpulan bersenjata dalam beberapa bulan kebelakangan ini.- Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/africa/20220131/b65e37dffc6245b8a693dd8394d3244f/c.html)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast