Peniaga, Chef Ammar Ali menunjukkan aksi bersahaja dengan melambung telur ayam kampung dan terus masuk ke dalam bekas nasi semasa sibuk menyiapkan tempahan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Sejak awal Ramadan lalu, nama Chef Ammar Ali menjadi popular kerana tular pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Antaranya dia telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah.

Malah ada pelanggan yang bergaduh gara-gara tidak berpuas hati insiden potong giliran dan menjual semula menu itu dengan harga tinggi.

Ada netizen juga berpendapat kenapa pelanggan sanggup beratur berjam-jam di bulan Ramadan sedangkan gerai Chef Ammar dibuka 11 bulan lagi di Subang.

Apa pun, sambutan yang luar biasa terhadap nasi Arab itu pastinya memberi keuntungan yang berlipat kali ganda untuk tukang masak asal Palestin itu memandangkan kedainya menjual dua menu dengan harga RM25 dan RM50.

Peniaga, Chef Ammar Ali (kanan) sibuk menyediakan tempahan pelanggannya yang telah datang sejak jam 1 petang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

Namun setiap kejayaan seseorang pasti ada sahaja yang dengki.

Ini kerana menurut Chef Ammar di media sosialnya secara langsung, salah satu kedainya terpaksa ditutup kerana mendakwa ada yang busuk hati menghantar sihir.

Dalam video berkenaan, tukang masak itu memaklumkan dia mengambil langkah berkenaan adalah untuk menjaga keselamatan keluarga dan akur dengan rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah.

Pengakuan Chef Ammar itu menyebabkan para pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku.

Ini kerana mereka mengikuti kisah Chef Ammar pasti tahu perjuangannya dalam menjadi tukang masak sehingga sanggup berhenti kerja dan memberikan fokus kepada perniagaan sendiri demi memastikan semua orang dapat merasai juadah yang berkualiti.

Mereka juga turut berasa geram dengan sesetengah pihak yang masih mempercayai perkara-perkara khurafat ini hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain. – MalaysiaGazette

Bahagian ayam yang akan dijual bersama nasi Arab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast