PEMILIHAN Keadilan 2022 didapati cacat, tempang dengan manipulasi dan penipuan nyata, belum masuk ke gelanggang pendaftaran SSM aplikasi Adil dikaitkan dengan pimpinan tertinggi parti yang memberi sokongan dan bertanding di bawah ‘kem’ tertentu.
Perkara ini mendatangkan keraguan kepada anggota dan calon-calon bertanding. Setelah dibawa ke JPP, berlaku pertukaran hak milik syarikat kepada Pengerusi JPP.
Akan tetapi pembikin aplikasi Adil mempunyai hubungan rapat dengan Pimpinan Tertinggi parti yang menyebabkan berlakunya manipulasi daripada dalam. Ada kemungkinan aplikasi ini tidak di “Godam” tetapi ianya di ‘manipulasi” daripada dalam kerana terdapat maklumat daripada ‘sumber’ AJK JPP cenderung memberikan sokongan kepada pimpinan tertentu.
Usai, Pemilihan Keadilan 2022 beberapa cabang membuat pengundian semula. Dikatakan kerana masalah teknikal, pengundian semula di lakukan, terdapat perbezaan jumlah pengundi yang hadir di rekod oleh pengawas daripada pusat pengundian dan laman web pemilihan. Oleh kerana berlakunya perbezaan data yang menjadi salah satu penyebab JPP mendapat aduan sebanyak 1,800.
JPP, melantik panel bagi menilai keputusan pemilihan dan setelah berberapa mesyuarat MPP. Parti telah melantik Pakar Audit Forensik Digital untuk mengaudit keputusan “Pemilihan Keadilan 2022”, anggota mengharapkan audit secara menyeluruh di lakukan tetapi Juruaudit hanya mengaudit keputusan fizikal. Ini menyebabkan berlaku perubahan ketara terhadap keputusan pemilihan yang menjadi tanda tanya.
Tangan-tangan manakah yang campur tangan di dalam keputusan audit tersebut atau mengarahkan hanya mengaudit data pengundian fizikal. Tidak ad seorang wakil calon atau pemantau bebas yang dibenarkan oleh JPP untuk memastikan proses mengaudit berlaku dengan telus. Pimpinan-pimpinan parti, baik daripada sayap Wanita dan AMK, kebanyakannya mengunci mulut seperti dihalang daripada pimpinan untuk mengeluarkan kenyataan dan di lihat ingin bersiap sedia untuk Pilihanraya Umum ke5.
Walaupun parti perlu bersiap sedia untuk PRU 15, pimpinan juga harus ingat setiap anggota berhak mendapat Keadilan berdasarkan prinsip parti ini ditubuhkan, kerana anggota adalah “Pengundi Teras” sewaktu PRU, pemilihaan. Jentera, mengorbankan masa dan wang. Keadilan itu pincang jika hanya mempunyai pemimpin yang hanya bersuara di hadapan rakyat seperti panglima tetapi mengunci mulut sewaktu berlaku pelbagai kepincangan di dalam Pemilihan Keadilan 2022.
Adakah kerana takut tidak akan berikan tempat di dalam parti atau takut tidak akan dicalonkan, Di manakah prinsip yang di perjuangan selama ini. Daripada mula pemilihan tiada ketelusan dengan pelbagai masalah logistik berlaku. JPP harus menjawab setiap aduan,pertanyaan anggota.
Adakah hanya data pengundi fzikal sahaja yang diaudit, Jika data pengundi atas talian tidak mempunyai masalah JPP haruslah mempunyai justifikasi yang kukuh, membuka peti undi di hadapan calon-calon dan membenarkan Pakar Audit Forensik Digital daripada calon-calon untuk menjadi pemerhati. Jika perkara ini tidak dapat dilakukan. Adalah
lebih baik JPP berkata benar daripada “menggantung kain kotor di muka pintu”.
Khairul Anwar Rosnan
Naib Ketua AMK, Gombak