MESIR – Berpuluh-puluh orang terkorban selepas kebakaran berlaku di sebuah gereja di Mesir.
Ramai dalam kalangan mereka terjatuh ketika berasak-asak untuk melarikan diri.
Sekurang-kurangnya 41 terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera.
Kanak-kanak dipercayai antara yang mati.
Kebakaran berlaku ketika 5,000 jemaah berkumpul untuk di gereja Coptic Abu Sifin di Giza, menurut sumber keselamatan.
Kebakaran yang berlaku di pintu masuk menyebabkan rempuhan.
Bagaimanapun, kebakaran itu dapat dikawal.
Punca sebenar kebakaran belum diketahui tetapi dikatakan akibat litar pintas.
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa.
Beliau kemudian mengarahkan angkatan tentera untuk membina semula gereja berkenaan.
Pejabat pendakwa raya berkata ia telah menghantar satu pasukan ke tempat kejadian untuk menyiasat punca kebakaran. – Agensi