Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sedikit masa untuk berjumpa dengan penyokongnya ketika hadir ke mahkamah pada prosiding kes rayuan akhir berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 23 OGOS 2022.

KENAPA Mahkamah Persekutuan harus membenarkan permohonan semakan keputusan SRC International Sdn Bhd terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Mac nanti?

Apakah alasan-alasan yang dibangkitkan peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam enam hari persidangan?

Rayuan terakhir Najib ditetapkan pada Ogos 15 hingga 26 Ogos namun keputusan tergesa-gesa dibuat pada Ogos 23 walaupun Najib tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Muhammad Shafee berhujah keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Persoalan sama, wujud dalam kalangan penyokong Najib, kenapa keputusan tergesa-gesa dibuat pada Ogos 23 sedangkan tarikh pendengaran rayuan ditetapkan sehingga Ogos 26.

Adakah ia berkaitan dengan PRU15?

Menurut hujahan bertulis pembelaan, mahkamah dimaklumkan bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat perbicaraan adil kerana mahkamah tidak membenarkan permohonan peguam baharu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk menangguh prosiding kerana memerlukan lebih masa untuk bersiap sedia.

Namun permohonan itu ditolak dan susulan itu, Hisyam memberitahu mahkamah beliau menarik diri dari mewakili Najib.

Tetapi mahkamah ‘memaksa’ Hisyam untuk mewakli Najib dan mengemukakan hujahannya tetapi Hisyam tetap enggan mahu berhujah.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Najib menukar peguamnya sejak kes SRC itu bermula pada 2018.

Sepanjang prosiding pada Ogos lalu, mahkamah hanya mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram bagi pihak pendakwaan.

Mahkamah langsung tidak mendengar rayuan Najib dan didakwa bertindak tidak ‘berperikemanusian’ serta melanggar hak asasi beliau dengan membuat keputusan tergesa-gesa pada Ogos 23 lepas.

Hakikatnya Kegagalan mahkamah tidak membenarkan penangguhan telah melanggar hak asasi Najib.

Isu lain yang dibangkitkan adalah berkaitan komen dibuat suami Ketua Hakim Negara melalui hantaran di Facebook (FB) mengenai Najib pada 2018.

Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Yang menarik dalam isu ini adalah, permohonan Najib untuk Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuannya kerana mempunyai konflik kepentingan, telah didengari oleh Hakim Negara itu sendiri dan diputuskan oleh beliau sendiri bersama empat lagi hakim.

Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar dan memutuskan permohonan itu kerana permohonan tarik diri itu difailkan terhadap beliau sendiri.

Hakim itu memutuskan bahawa komen suaminya tidak kena-mengena dengan kes SRC.

Selain itu, isu yang menjadi perhatian adalah tugas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank yang mempunyai kaitan dengan SRC.

Tetapi mahkamah tetap tolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Mohd Nazlan dengan alasan tugas di bank itu, pada masa lalu, tidak boleh memberi kesan kepada penemuannya dalam perbicaraan SRC.

Adakah hukuman yang dikenakan terhadap tokoh politik itu adil?

Keputusannya pada 31 Mac ini. – MalaysiaGazette

Mahkamah tolak lagi permohonan Najib, prosiding akhir rayuan tak akan ditangguh

Mahkamah tolak permohonan Hisyam mahu tarik diri mewakili Najib

Mahkamah tolak permohonan Najib, pembelaan mohon tangguh 3 atau 4 bulan