KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel bagi tempoh 18 Mei 2023 hingga 24 Mei 2023 dikekalkan.
Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
Menurutnya, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global,
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambahnya. – MalaysiaGazette