Datuk Seri Mohamad Hasan Foto: Shahrin Zamzuri

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) yakin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan mengkhianatinya dengan meletakkan calon mereka menentang calon BN pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menjadi adat dalam setiap pilihan raya apabila ada kerusi yang dimenangi terpaksa dikorbankan demi semangat parti.

“Saya tak yakin Amanah akan buat begitu (lawan calon BN di Lenggeng), tak ada, (Amanah) tak akan buat begitu.

“…biasalahkan kerusi yang kita menang tapi terpaksa dilepaskan perasaan kecewa itu ada, tapi dua tiga hari should be alright dan saya yakin bahawa kita (BN) punya calon ini boleh diterima pengundi-pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan watikah kepada 17 calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Sabtu lalu, Naib Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Ahmad Shukri Kamaruddin, berkata, pihaknya akan menghantar calon bagi bertanding di kerusi DUN Kota dalam Parlimen Rembau.

Ia adalah sebagai ‘timbal balas’ menggantikan kerusi DUN Lenggeng yang diletakkan calon BN walaupun Amanah berjaya mencatatkan kemenangan sulung di kubu kuat BN itu sejak 59 tahun lalu ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast