KOTA BAHRU – Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lalu telah direman tujuh hari bermula hari ini.
Lelaki berusia 38 tahun itu yang ditahan di Kota Bharu, Kelantan semalam tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada jam 8.30 pagi tadi.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Lelaki itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba dengan kawalan empat anggota polis.
Artikel berkaitan: Pengawal peribadi parah ditembak di Balai Ketibaan KLIA
Terminal 1 KLIA selamat, penumpang usah bimbang
PDRM Ketatkan Kawalan Keselamatan di KLIA 1
Kes tembak KLIA: Suspek guna pistol semi automatik dari negara jiran – Razarudin
Suspek mahu tembak isteri ada tiga jenayah lampau
Suspek cuba tembak isteri diminta serah diri segera
Isteri suspek lepas tembakan enggan buat sebarang kenyataan
Isteri pengawal peribadi terkejut suami terkena tembakan
Suspek kes tembak di KLIA direman tujuh hari
Dia ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh polis Kelantan kira-kira jam 3 petang selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan operasi memburu suspek.
Dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi Ahad lalu, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek.
Pengawal peribadi kini sedang dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – MalaysiaGazette