KUALA LUMPUR – Kilang besi buruk dan pengurusan sisa sekitar Jalan Chan Sow Lin antara lokasi serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi Ops Mahir hari ini.
Menurut kenyataan JIM KL, seramai 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) lelaki ditahan hari ini menerusi serbuan di kedua-dua kilang tersebut.
“Daripada semua PATI yang ditahan, empat masing-masing daripada India dan Bangladesh, lima daripada Myanmar dan seorang dari Nigeria,” katanya.
Jelasnya, sebanyak empat Borang IMM.29 dikeluarkan ketika serbuan.
Borang tersebut dikeluarkan kepada saksi untuk menghadiri siasatan atau kes yang sedang dijalankan oleh JIM.
Katanya, semua PATI yang ditahan dihantar ke depot Imigresen KL untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
















