Fakhrul Akhmal Mohammed

PEKAN – Jangan sembunyikan kelemahan di sebalik nama tuanku!

Itu tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Fakhrul Akhmal Mohammed ekoran kenyataan dikeluarkan oleh 14 Ketua Cabang PKR Pahang yang menggesa rakyat menghentikan perbincangan berkenaan titah adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

”Perlu ditegaskan kami dan sesiapa pun mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan penuh dan telus terhadap pelaksanaan titah tersebut yang telah diperkenan oleh Sultan Pahang pada 28 Februari 2024.

”Menuntut penjelasan bukan satu bentuk penderhakaan atau campur tangan sebaliknya merupakan tanda keprihatinan dan tanggungjawab sebagai rakyat yang menjunjung kasih terhadap institusi diraja,” katanya dalam kenyataan.

Tegas Fakhrul, cubaan sesetengah pihak untuk menutup mulut rakyat atas nama ‘menghormati mahkamah’ atau ‘menjaga keharmonian’ hanya helah politik sempit yang cuba menutup kegagalan kerajaan untuk menjelaskan secara jujur dan melaksanakan titah tambahan itu.

Malah jika benar menjunjung kasih kepada Sultan Pahang maka pelaksanaan titah baginda seharusnya menjadi keutamaan.

”Kami ingin menegaskan menghormati institusi raja sudah termaktub dalam Perlembagaan Ia perlu diterjemahkan melalui tindakan. Jangan cuba sembunyikan kelemahan sendiri di sebalik nama Tuanku,” katanya.

Kenyataan balas itu diberikan sebagai reaksi oleh semua 14 Ketua Cabang Keadilan Pahang mengingatkan agar rakyat berhenti bertelagah dan berbahas mengenai isu berkenaan semalam.

Mereka memohon semua pihak agar akur dan menjunjung titah Sultan Pahang agar menghentikan perbahasan tentang isu itu kerana ia telah dibawa ke mahkamah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hentikan perbahasan isu Titah Adendum – Cabang Keadilan Pahang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast