IBC Tours & Travel menawarkan pakej percutian menarik dan pelbagai hadiah esklusif kepada pelanggan sempena MATTA Fair 2025.

KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan tempatan, IBC Tours & Travel Sdn Bhd (IBC Tours) menyasarkan jualan RM15 juta sempena penganjuran MATTA Fair 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 5 hingga 7 September ini.

Pengarahnya, Mohammad Rizal Narusuddin berkata, sasaran itu susulan pelbagai tawaran eksklusif sempena meraikan 30 tahun penubuhan syarikat itu di pasaran kepada pelanggan setianya.

Beliau turut menjangka pakej ke negara Balkan bakal menjadi pilihan ramai memandangkan harga ditawarkan hanya RM5,999 bagi memberikan pengalaman baharu buat pelanggan yang tidak berpeluang melancong ke luar negara sebelum ini.

“Menurusi kempen “Scan & Win – Tempah & Menang Segera”, kami menawarkan pembeli memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta dalam bentuk baucar perjalanan, tiket penerbangan, baucar hotel, diskaun pakej serta hadiah eksklusif lain.

“Selain itu, hadiah utama berupa pakej pelancongan selama 10 hari 8 malam ke negara Eropah seperti London, Paris, Amsterdam, Brussel dan Switzerland bernilai RM114,990 bakal menanti 10 pemenang bertuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah IBC Tours & Travel Sdn Bhd, Mohammad Rizal Narusuddin sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan.

Mohammad Rizal berkata, apa yang menarik, semua pembeli akan memenangi hadiah dan baucar tunai yang boleh digunakan untuk pembelian semasa apabila terus tolak daripada pakej percutian yang dibeli.

“Bagi pelanggan yang tidak dapat hadir ke MITEC, IBC Tours turut menyediakan kempen Scan & Win secara online di laman web rasmi syarikat, www.ibctours.com bermula 25 Ogos ini.

“Selepas membuat tempahan secara dalam talian, pelanggan hanya perlu mengisi butiran seperti nama dan Booking ID untuk menyertai cabutan segera di mana baucar diskaun turut ditawarkan secara eksklusif menerusi platform digital ini,” katanya.

IBC Tours merupakan salah satu agensi pelancongan berlesen di bawah MOTAC dan telah beroperasi lebih 30 tahun juga dikenali sebagai penyedia pakej percutian mesra Muslim pelanggan dengan destinasi popular termasuk Turkiye, Dubai, Korea, Jepun, Balkan dan umrah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast