Tiada sidang media khas akan dibuat bagi mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan supaya satu Pentaksiran Diagnostik Kebangsaan yang terancang dan seragam dilaksanakan dalam sistem pendidikan kebangsaan merangkumi peringkat akhir sekolah rendah dan menengah.

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata pentaksiran yang dicadang itu akan berperanan sebagai penilaian kepada literasi asas seperti bacaan, numerasi dan sains.

Beliau berkata data berkenaan penting bagi tujuan intervensi pendidikan yang bersasar dan berkesan, serta penandaarasan antarabangsa, tanpa meletakkan beban sosial dan psikologi berlebihan kepada pelajar serta keluarga.

“ABIM percaya bahawa Pendidikan MADANI menuntut sistem pentaksiran yang adil, berintegriti dan berteraskan karamah insaniah.

“Kami bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan sebagai rakan strategik masyarakat sivil dalam memperincikan reka bentuk, pelaksanaan dan komunikasi awam berkaitan sistem pentaksiran kebangsaan yang lebih matang, konsisten dan berteraskan nilai kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Fahmi turut menyatakan pendirian ABIM yang tidak bersetuju dengan cadangan mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Beliau berkata cadangan itu tidak akan menyelesaikan pelbagai persoalan penting untuk pendidikan kanak-kanak dan generasi muda, khususnya ketika negara sedang berusaha mematangkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 serta Kurikulum Persekolahan 2027.

Sebaliknya, Ahmad Fahmi mencadangkan supaya memperkasakan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), bermula dengan pengukuhan kompetensi guru sebagai pelaksana utama di lapangan.

“Latihan PBD perlu distrukturkan secara lebih praktikal, berfasa dan berterusan, termasuk dalam aspek moderasi, pensampelan evidence (bukti) dan pertimbangan profesional guru. Beban dokumentasi bersifat mekanikal perlu dikurangkan supaya PBD kembali kepada tujuan asalnya sebagai sokongan pembelajaran, bukan beban pentadbiran.

“Usaha membina kefahaman dan kesedaran ibu bapa mengenai PBD juga perlu diperkukuh bagi menutup jurang komunikasi dan memulihkan keyakinan masyarakat terhadap sistem pendidikan,” katanya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bantahan yg agak logik dipelopori ABIM..muga² pelajar kita akan jadi macam negara jiran..Pelajar tetapi tidak dapat dinilaikan prestasi dan pengetahuan. UPSR dan TK3 penentu samada knowledge mereka matang atau tidak. selain daripada menentukan kecemerlangan untuk memasuki MRSM atau institusi yg lebih tinggi

  2. Minta Kementerian pendidikan lebih Telus dalam pengambilan kemasukan murid ke SBP, smka dan mrsm,. dulu untuk masuk ke asrama perlu guna kan keputusan upsr atau pt3,, sekarang di perlu kan murid2 menjalani ujian pksk,, tapi kita tak tahu keputusan tu lulus atau tidak dan markah ujian tidak didedahkan.. kemungkinan boleh berlaku ketirisan di sini jika tiada penerangan terperinci untuk keputusan ini,.

Comments are closed.