Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyarankan DAP menghantar pemimpin tertingginya menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit.

“Parti-parti lain yang bekerjasama membentuk kerajaan dengan parti yang disebut namanya ini wajar malu kepada rakyat jelata khususnya Selangor.

“Molek sekali jika parti-parti ini dialihkan bersama sekaligus sebagai pembangkang di Selangor dan juga di Putrajaya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Cadangan itu susulan titah terbaharu Sultan Selangor yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara.

https://malaysiagazette.com/2026/05/07/sultan-selangor-kekal-pendirian-tak-berkenan-ada-penternakan-babi/

Baginda menegaskan mahu kedua-dua pemimpin DAP itu menjadi rakyat yang menghormati kedaulatan institusi raja dan menjaga adab dan kesusilaan.

Dalam masa sama, Sultan Selangor turut bertitah menyeru kepada semua wakil rakyat Selangor untuk datang sendiri ke Dataran Selangor setiap dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen di situ. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, baca dan fahami Rukun Negara

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast