Suspek yang kelihatan gelisah telah mengeluarkan sebuah kotak rokok dari poket seluarnya - Foto Ihsan IPD Tawau

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur warga asing ditahan selepas disyaki memiliki syabu di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek berusia 20-an itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), IPD Tawau kira-kira jam 3.30 petang selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, suspek yang kelihatan gelisah telah mengeluarkan sebuah kotak rokok dari poket seluarnya dan menyerahkannya kepada anggota polis.

“Pemeriksaan terhadap kotak rokok berkenaan menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.15 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here