Jumlah pendatang memasuki Turki untuk ke Eropah semakin meningkat. foto Reuters

ATHENS – Pasukan keselamatan sempadan Greece tidak melepaskan sebarang tembakan ke atas individu yang cuba seludup masuk ke negaranya.

Jurucakap kerajaan, Stelios Petsas menolak dakwaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mendakwa Greece membunuh dua pendatang dan seorang lagi mengalami kecederaan parah.

“Ia tidak lebih daripada maklumat palsu,” kata Petsas.

Lebih 10,000 pendatang yang kebanyakan dari Syria dan Timur Tengah serta Afghanistan telah mendarat di sempadan Turki dengan Greece dan Bulgaria sejak Turki membuka sempadannya minggu lalu bagi membenarkan pendatang-pendatang itu masuk ke Eropah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast