Thursday, September 10, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Agensi

Agensi

18091 Artikel 0 Komen

Marburg, virus paling ditakuti ditemui di Ghana

ACCRA - Ghana telah mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang membawa maut, penyakit berjangkit dalam keluarga sama dengan virus yang menyebabkan Ebola. Kedua-dua pesakit meninggal dunia baru-baru ini di hospital di wilayah Ashanti selatan. Sampel mereka kembali positif awal bulan ini dan kini telah disahkan oleh makmal di Senegal. Pegawai kesihatan di negara Afrika Barat itu berkata, 98 ​​orang kini dikuarantin kerana disyaki kontak rapat. Setakat ini tiada rawatan untuk virus Marburg - tetapi doktor meminta pesakit minum banyak air dan merawat gejala tertentu dalam meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup. Virus ini dijangkiti daripada dari kelawar buah dan merebak antara manusia melalui cecair badan. Ia adalah penyakit yang teruk, selalunya membawa maut dengan gejala termasuk sakit kepala, demam, sakit otot, muntah darah dan pendarahan. Sehubungan itu, orang ramai diminta menjauhi gua dan memasak semua produk daging dengan teliti sebelum memakannya. Di Afrika, wabak sebelumnya dan kes sporadis telah dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Wabak Marburg yang pertama berlaku di Jerman pada tahun 1967, menyebabkan tujuh orang meninggal dunia. Virus itu membunuh lebih daripada 200 orang di Angola pada tahun 2005, wabak paling maut dalam rekod, menurut WHO. - BBC

Toney dalam radar Man United

Ivan Toney meledak 12 gol Liga Perdana Inggeris dan melakukan lima umpanan gol musim lalu.

Barcelona ikat Lewandowski

Barcelona dilaporkan telah mencapai perjanjian dasar untuk mengikat khidmat bintang Bayern Munich Robert Lewandowski, lapor BBC Sport pada Ahad.

14 tentera laut terkorban ketika tangkap ‘raja’ dadah Caro Quintero

Tentera Laut menyifatkan insiden ini menyedihkan, namun setakat ini tiada maklumat yang mengaitkan nahas pesawat itu dengan penahanan pengedar dadah itu.

Juruterbang maut, pesawat terhempas ketika padam kebakaran

Pesawat itu tidak membawa penumpang lain ketika kejadian.

Kalidou Koulibaly pindah ke Stamford Bridge

Koulibaly telah melakukan 217 penampilan bersama kelab Itali selepas berhijrah dari Genk pada 2014.

Christian Eriksen sah milik Manchester United

"Saya pernah beraksi di stadium Old Trafford menentang Red Devils yang mana atmosferanya sangat unik, tetapi beraksi dengan menyarung jersi sebagai pemain kelab Red Devils ini adalah sesuatu perasaan yang sangat istimewa dalam karier saya," ujarnya.

Lisandro Martinez pilih Manchester United

Manchester United dilaporkan sudah menyelesaikan urusan perpindahan bek tengah Ajax, Lisandro Martinez.

Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun

"Beliau seorang wanita yang hebat, cantik dan mengagumkan, serta menjalani kehidupan yang hebat dan penuh inspirasi,” kata Trump di media sosial.

Presiden Sri Lanka hantar e-mel letak jawatan

Speaker dijadual melakukan pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatan Rajapaksa pada hari ini.