Mohd Khuzairi Ismail
Kubur pelatih PALAPES digali semula: UTM hormati proses undang-undang
UTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, universiti itu kekal komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berwajib.
Empat negeri tolak RUU Pembaharuan Semula Bandar
Dalam kenyataan bersama empat Menteri Besar SG4 hari ini, mereka mendakwa RUU yang jika diluluskan dan terpakai di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan itu akan memberi implikasi besar terhadap kuasa autonomi negeri, hak pemilikan tanah, kelangsungan komuniti asal bandar serta hak asasi penduduk setempat.
Hanya 8.7 peratus pelajar antarabangsa di UA setakat tahun lalu ...
Pelajar antarabangsa di lima buah UA iaitu Universiti Malaya (UM); Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setakat 31 Disember 2024 pula hanya berjumlah 38,388 orang atau 21.3 peratus.
6 persatuan e-hailing, p-hailing gesa ahli Parlimen tolak RUU Pekerja Gig
RUU itu juga didakwa akan mengurangkan pendapatan bersih, memaksa pekerja gig sektor e-hailing dan p-hailing secara sambilan angkat kaki atau gantung kunci, mematikan persaingan dan menyerahkan ekosistem kepada monopoli.
Yamin dilantik Timbalan Naib Canselor UiTM
Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi hantaran di laman sosial Facebook semalam memaklumkan, Yamin mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam hal ehwal pentadbiran universiti dan pernah memegang jawatan strategik termasuk Ketua Eksekutif INTEC Education College dari 2014 hingga 2019 serta Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan dari 2019 hingga kini.
Bila agaknya Jho Low, Nik Arif Faisal boleh ditangkap? – Puad
Najib menjadi kambing hitam kerana salah tadbir urus korporat. Najib figurehead yang dilonggokkan segala kesalahan ke atasnya. Maksudnya, Najib mangsa pendakwaan terpilih.
Pemandu e-hailing, p-hailing diseru berhimpun di Parlimen esok
Setiap hari pemandu dan `rider’ terus bekerja tanpa perlindungan yang jelas, sedangkan dalam masa sama pihak berkepentingan sentiasa memberi alasan mahu lebih banyak data dan perbincangan dilakukan sebelum langkah perlindungan jelas ke atas kumpulan pekerja berkenaan diambil.
Persoalannya kenapa usik Tabung Haji lagi – Razali
umat Islam wajar mempersoalkan mengapa syarikat bukan Muslim yang menguruskan imej institusi Islam terbesar negara itu memandangkan mereka mungkin kurang faham secara mendalam tentang `roh’ haji, konsep ibadah dan sensitiviti umat Islam.
PM mungkin perlu campur tangan pergeseran parti komponen BN – Pemerhati
Ini kerana, menurut penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr P. Sivamurugan, isu itu perlu ditangani sepenuhnya dan tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana berisiko menjejaskan kestabilan serta kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
Pucuk pimpinan BN dirayu berunding selesai pergeseran dalam parti – Armand...
Ketua UMNO dan BN Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah berkata, segala perbezaan antara parti komponen BN perlu diketepikan dan satu titik penyatuan serta perdamaian perlu dicari supaya BN terus kuat.

















