Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Norlizah Abas

Norlizah Abas

1344 Artikel 0 Komen

Kes Naim Daniel antara yang menjadi tumpuan umum minggu depan

Selain prosiding berprofil tinggi melibatkan titah adendum esok, beberapa lagi kes tumpuan umum akan didengar di mahkamah sekitar ibu negara sepanjang minggu depan.

Adendum: Tarikh pendengaran semakan kehakiman Najib ditetapkan esok

Tarikh pendengaran semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak bagi memaksa kerajaan mengemukakan titah adendum, akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi esok.

Sri Ram tokoh luar biasa, tajam akal, berprinsip – Ketua Hakim...

Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menggambarkan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai tokoh yang luar biasa kerana pemahaman yang mendalam dalam undang-undang dan keupayaannya mengingati petikan kes.

Dana RM42 juta masuk akaun Najib bukan biaya projek CSR –...

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, dana RM42 juta yang sepatutnya digunakan untuk membiayai projek di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR), telah dipindah masuk ke dalam dua akaun peribadi Ambank milik Datuk Seri Najib Razak.

Ibu percaya pelatih PALAPES maut dipukul objek tumpul

Ibu pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor mendakwa, anaknya Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin bukan mengalami kecederaan biasa, sebaliknya akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ibu pelatih PALAPES mohon perintah mahkamah agar kubur anak digali semula

Ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, memohon perintah supaya kubur anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Ahmad Terrirudin berpotensi beri keterangan sahkan titah adendum

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh berpotensi dipanggil sebagai saksi penting dalam prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan titah adendum yang dipohon oleh Datuk Seri Najib Razak.

Titah adendum wujud, namun kesahannya perlu dibuktikan di Mahkamah Tinggi

Mahkamah Persekutuan berpendirian, titah adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak dalam semakan kehakiman, perlu dibuktikan kesahannya di Mahkamah Tinggi meskipun ia wujud dan diterima masuk sebagai bukti baharu.

Peguam mahu panel sama Mahkamah Persekutuan dengar semakan kehakiman Najib

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahukan panel sama Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Peguam Negara, mendengar semakan kehakiman titah adendum Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Mahkamah arah semakan kehakiman Najib dipercepatkan

Pengurusan kes pada 18 Ogos ini dan tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh sebulan selepas itu.