TERKINI : Azmin Ali Akui Jalan Sukar Untuk PRK DUN Rantau

Tidak sampai 24 jam, PKR mengumumkan calonnya, Dr S Streram untuk kembali bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali berkata calon yang dikemukakan itu akan menghadapi jalan sukar.

Menurut Azmin, Datuk Seri Mohamad Hasan jelas mempunyai kelebihan kerana pernah memimpin Negeri Sembilan selaku Menteri Besar.